Tujuan: Untuk mengkaji hubungan di antara kepekatan bahan tindak balas dan kadar tindak balas. Pernyataan masalah: Bagaimana kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas? Hipothesis: Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin cepat kadar tindak balas. Pembolehubah:
»
Pembolehubah dimalarkan : Isipadu dan suhu bahan tindak balas
»
Manipulated variable : Kepekatan bahan tindak balas
Radas: » Kon kelalang » Silinder penyukat » Jam randik » Kertas turas
Prosedur:
►
►
1.
50cm3 0.2mol dm-3 natrium tiosulfatdiukur dengan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon.
2.
Tanda 'X' dilukis di tengah-tengah kertas turas. Sebuah kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat diletakkan di atas kertas turas yang ditandakan.
3.
Tanda 'X' boleh dilihat dengan mudah melalui kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat.
4.
5cm3 0.2mol dm-3 asid hidroklorik diukur dengan mengukur silinder penyukat.
5.
Asid hidroklorik ditambah dengan cepat ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat.
6.
Larutan di dalam kelalang kon digoncang dengan perlahan-lahan.
7.
Jam randik diberhentikan apabila tanda 'X' tidak kelihatan dari atas lagi.
8.
Masa yang diambil untuk tanda 'X' hilang direkodkan.
9.
Eksperimen diulangi dengan menggunakan isipadu yang berbeza bagi natrium tiosulfat, asid hidroklorik dan air suling.
10.
Video berikut menunjukkan pemerhatian bagi kesan kepekatan ke atas kadar tindak balas.
Keputusan:
►
Isipadu natrium tiosuflat, V (cm3)
Isipadu air yang ditambah (cm3)
Kepekatan natrium tiosulfat selepas pencairan (mol dm-3)
Masa pembentukan mendakan (s)
50
0
0.2
19
40
10
0.16
23
30
20
0.12
33
20
30
0.08
48
10
40
0.04
115
Perbincangan:
►
Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid hidroklorik untuk membentuk mendakan sulfur secara perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan berikut:
Masa yang diambil untuk pemendakan sulfur yang digunakan untuk menentukan kadar tindak balas.
►
Graf kepekatan melawan masa
○
Berdasarkan graf kepekatan melawan masa, dapat diperhatikan bahawa apabila kepekatan natrium tiosulfat berkurangan, masa yang diperlukan untuk tinda 'X' hilang bertambah.
○
Ini bermakna apabila kepekatan natrium tiosulfat berkurangan, kadar tindak balas berkurangan juga.
►
Graf kepekatan terhadap .
○
Graf kepekatan terhadap ialah garis lurus. Ini bermakna kepekatan natrium tiosulfat berkadar terus dengan
○
Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
Kesimpulan:
►
Suatu tindak balas menjadi lebih cepat apabila kepekatan bagi bahan tindak balas bertambah.
Tq so much..... Very helpful....
ReplyDeleteVery helpful...
ReplyDeleteapakah inferens untuk eksperimen ni?
ReplyDelete