Teori perlanggaran adalah satu teori yang dicadangkan oleh Max Trautz (1916) dan William Lewis(1918), yang menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku dan mengapa kadar tindak balas berbeza bagi tindak balas yang lain.
Namun, harus diingat. Tidak semua perlanggaran yang berlaku semasa tindak balas adalah perlanggaran berkesan!
Perlanggaran yang berkesan mempunyai tenaga yang cukup, juga dikenali sebagai tenaga pengaktifan untuk mengatasi daya tarikan antara ikatan dan membentuk ikatan baru.
Ini bermakna, jika semakin kerap berlakunya perlanggaran, akan semakin keraplah juga berlakunya perlanggaran berkesan. Apabila semakin kerap perlanggaran berkesan, maka semakin tinggilah kadar tindakbalas.
No comments:
Post a Comment